SELAMAT DATANG KE BLOG SMK INTAN PERDANA



SMKIP PENGGERAK PEMBELAJARAN BERKUALITI

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-NYA diberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Dokumentasi atas usaha menghasilkan Blog Sekolah pada tahun ini. Saya sebagai pengetua di sekolah ini merasakan penghasilan Blog Sekolah mencerminkan satu kejayaan pihak sekolah dalam menggembleng tenaga, mewujudkan semangat kerjasama yang tinggi dan budaya kerja berpasukan dalam bidang penerbitan. Dengan adanya semangat kerjasama yang utuh serta budaya kerja berpasukan saya yakin perancangan sekolah dapat direalisasikan dengan jayanya. Blog ini adalah batu loncatan kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat mereka. Saya menyokong penghasilan blog ini kerana memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi karya mereka dan mencungkil bakat yang ada. Selain itu, penerbitan blog ini juga dapat merakamkan segala aktiviti di sekolah.Ia juga merupakan wadah maklumat dan komunikasi yang berkesan dalam penerimaan dan penyebaran maklumat kepada komuniti sekolah khususnya dan masyarakat umumnya.Blog ini merupakan dokumentasi yang memaparkan pelbagai infomasi termasuk kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang dan perancangan pelbagai program akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan hasrat sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis . Hasrat ini seiring dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025). Mudah-mudahan blog sekolah dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga sekolah dan komuniti sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah. Akhir kata saya berharap agar seluruh warga sekolah akan mendapat manfaat atas daya usaha murni ini. Mudah-mudahan seluruh warga sekolah akan bekerja dengan penuh komitmen dalam membangunkan potensi diri pelajar ke arah mencapai pendidikan yang berkualiti.

Post a Comment

0 Comments

HAK CIPTA SMKIP 2020